ASSALAMUALAIKUM W.B.T dan SALAM SEJAHTERA :)
Banana Bee Entreprise telah ditubuhkan pada Februari 2017 bertujuan untuk menjalankan
perniagaan makanan berasaskan PISANG sebagai produk utama. Pelbagai jenis menu makanan yang telah diubah suai dari buah pisang telah sediakan berdasarkan peratus permintaan dalam kalangan pelajar dan staf di
Universiti Utara Malaysia (UUM) dan penduduk di sekitar kawasan Sintok dan Changlun.
Perniagaan ini dikategorikan dalam industri kecil dan sederhana dimana
jualannya tidak melebihi 25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150
orang.
Trend pasaran yang kami sasarkan adalah sewaktu karnival-karnival
yang berlangsung di UUM seperti karnival di inasis mahupun karnival yang dianjurkan oleh badan persatuan pelajar.